DAL HCM dengan sukacitanya telah menyerahkan set peralatan sukan Pickleball kepada KELAB SOKANJAYA Limbang sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR syarikat.
Aktiviti sukan seperti Pickleball bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah boleh dijadikan medium untuk mengeratkan hubungan, meningkatkan interaksi, dan memupuk semangat kerjasama di tempat kerja.
DAL HCM komited untuk terus menyokong kesejahteraan komuniti dan membina hubungan yang bermakna melalui inisiatif sukan dan sosial.