DAL HCM SDN BHD CSR 2021

Title: PROGRAM CSR MENURAP KAWASAN TEMPAT LETAK KENDERAAN DI MASJID DARUL AMILIN PERMAI, SIBU

Day and Date: Friday, 5 November 2021

Programme Information: Kerja-kerja menurap kawasan tempat letak kenderaan di Masjid Darul Amilin Permai, Sibu telah siap dilaksanakan pada 4 November 2021. Dengan adanya kemudahan ini akan memberi keselesaan kepada para Jemaah dan melancarkan perjalanan kenderaan Jemaah keluar masuk dari kawasan Masjid.

Image
Image

.

Title: PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN OXYGEN CONCENTRATOR

Day and Date: Tuesday, 12 October 2021

Programme Information: Penyerahan sumbangan peralatan perubatan iaitu 2 Unit Oxygen Concentrator di Pejabat YB Fazzrudin Abdul Rahman, ADUN N6 Tupong untuk kegunaan pesakit-pesakit COVID-19. Penyerahan ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar Syarikat DAL HCM Sdn Bhd (DHSB), Ts. Sani Zamshuri Bin Bujang yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat DHSB, YBhg. Datuk Dzulkarnaen Bin Ahmad.

Image
Image

.

Title: PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN OXYGEN CONCENTRATOR

Day and Date: Thursday, 7 October 2021

Programme Information: Penyerahan sumbangan peralatan perubatan iaitu 2 Unit Oxygen Concentrator untuk kegunaan Hospital Sibu daripada pihak pengurusan DAL HCM Sdn Bhd melalui Y.B. Dr. Annuar Rapaee (N.55 Nangka). Semoga dapat membantu rawatan pesakit.

Image
Image

.

Title: PERASMIAN PROGRAM MENAIKTARAF PARKIR KERETA UNTUK MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ, MIRI

Day and Date: Saturday, 25 September 2021

Programme Information: Perasmian program 'Menaiktaraf Parkir Kereta Untuk Masjid Abu Bakar As-Siddiq' yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin dan disaksikan oleh Deputy Director of JKR Sarawak, Ir. Richard Ak Tajan (Assets Management), Assistant Director of JKR Sarawak, Ir. Awang Mohd. Fadillah Bin Awang Redzuan (Road & Civil Engineering Assets), Divisional Engineer (Miri), Mr. Chong Chi Fam, wakil daripada DAL HCM Sdn Bhd, Chief Executive Officer, YBhg. Datuk Dzulkarnaen Ahmad dan General Manager, Ts. Sani Zamshuri serta Pengerusi Masjid Abu Bakar As- Siddiq, Ustaz Mohammad Fariduddeen Bin Rosli. Turut hadir bagi menjayakan program tersebut ialah kakitangan JKR Bahagian Miri, Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Abu Bakar As-Siddiq dan warga kerja DAL HCM Bahagian Miri. Diharap kemudahan ini akan memberi manfaat dan keselesaan kepada penduduk setempat yang datang ke masjid tersebut.

Image
Image

.

Title: PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA ADIK NURSYAHMINA RAHWANI BINTI SUNDLI

Day and Date: Friday, 13 August 2021

Programme Information: Menyerahkan sumbangan wang tunai kepada adik Nursyahmina Rahwani Binti Sundli yang akan meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS. Sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga adik Nursyahmina menanggung kos pengajian dan belanja yang berkaitan. DAL HCM juga telah bersetuju untuk memberi bantuan tambahan dengan memberi wang saku kepada adik Nursyahmina yang akan dimasukkan setiap hujung bulan selama setahun sebagai insentif diatas pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK(A) TUNAZ.

Image
Image

.

.

Title: PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN OXYGEN CONCENTRATOR

Day and Date: Friday, 30 July 2021

Programme Information: Menyerahkan sumbangan Oxygen Concentrator Machine daripada CEO DAL HCM, Datuk Dzulkarnaen Ahmad kepada ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin Bin Haji Abdul Rahman untuk kegunaan pesakit COVID-19. Turut hadir Pengurus Besar DAL HCM, Ts. Sani Zamshuri Bujang. Semoga dapat membantu rawatan pesakit.

Image
Image

.

.

Title: PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN KEPADA BEBERAPA ISI RUMAH DI SEKITAR KAWASAN KUCHING

Day and Date: Wednesday, 7 July 2021

Programme Information: Penyokong Kelab Manchester United Sarawak dengan kerjasama DAL HCM Sdn Bhd telah mengadakan satu program pengagihan bakul makanan kepada beberapa isi rumah yang memerlukan bantuan makanan asas di sekitar kawasan Kuching. Presiden Penyokong Kelab Manchester United Sarawak, Datuk Dzulkarnaen Ahmad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DAL HCM SDN BHD memberitahu inilah satu daripada aktiviti yang dijalankan bagi membantu kumpulan-kumpulan sasar yang sangat terkesan oleh kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang. Sekurang- kurangnya dengan pengagihan tersebut, kelangsungan hidup untuk kumpulan-kumpulan sasar tersebut dapat dipelihara serba sedikit. Beliau berkata demikian semasa penyerahan simbolik untuk pengagihan bakul makanan tersebut kepada Encik Sani Zamshuri, Pengurus Besar DAL HCM SDN BHD yang juga ahli exco Penyokong Kelab Manchester United Sarawak sebelum di agihkan kepada para penerima. Program-program sebegini akan di adakan lagi di masa akan datang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kakitangan DAL Hcm Sdn Bhd serta sukarelawan yang membantu sama untuk pengagihan tersebut. Sukarelawan-sukarelawan yang membantu adalah terdiri daripada ahli-ahli Penyokong Kelab Manchester United Cawangan Sarawak. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang telah menyumbangkan dana untuk program tersebut.

Image
Image

.

.

Title: PEMASANGAN 'WARNING TAPE' & STRING DELINEATOR' DI LALUAN MASUK PUSAT PENGAJIAN TAFAQQUH DAN TAHFIZ AL MAKKI, KOTA SAMARAHAN

Day and Date: Wednesday, 21 April 2021

Programme Information: Pemasangan 'Warning Tape' dan 'String Delineator' oleh Team DAL HCM untuk keselamatan pengguna jalan raya di laluan masuk ke Pusat Pengajian Tafaqquh Dan Tahfiz Al Makki, Kota Samarahan.

Image
Image

.

.

Title: PEMBERIAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA STAFF DAL HCM SDN BHD YANG TERKESAN AKIBAT BENCANA BANJIR

Day and Date: Saturday, 23 January 2021

Programme Information: Program pemberian sumbangan kepada staff-staff DAL HCM yang terjejas akibat bencana banjir. Penberian ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar syarikat, Ts. Sani Zamshuri yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dzulkarnaen Ahmad. Semoga bantuan ini sedikit banyak dapat mengurangkan beban yang dialami oleh staff berkenaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Image
Image

.

.

Title: PEMBERIAN 'LIGHTBOX KOTENG' UNTUK SURAU DARUL AMAN KAMPUNG TUPONG BATU

Day and Date: Saturday, 23 January 2021

Programme Information: Pemberian Lightbox "Koteng" untuk Surau Darul Aman Kampung Tupong Batu, Kuching. Akhirnya Surau Darul Aman, Kampung Tupong Batu terang bercahaya di malam hari. Gambar dari lokasi tebingan Sungai Lajim.

Image
Image

.