Majlis Doa Selamat

Perasmian Pejabat DAL HCM Sdn Bhd

CSR Programme

As part of DAL HCM SDN BHD Corporate Social Responsibility (CSR) strategy to demonstrate long-term impact in the communities it operates in, the company embarked on an initiative that provided local communities of Long Luping, Long Semado, Long Kerabong, and Buduk Nur Village Sarawak solar energy powered light.

Also took place is a donation drive of school supplies and other basic for local students.

This activities is initiated in collaboration with Roadcare Sdn Bhd and is a starting point for DAL HCM Sdn Bhd to align with global sustainability efforts and ensure that greater emphasis is placed on the environmental, social and economical aspect.

DAL HCM SDN BHD CSR 2021

Title: PENYERAHAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA ADIK NURSYAHMINA RAHWANI BINTI SUNDLI

Day and Date: Friday, 13 August 2021

Programme Information: Menyerahkan sumbangan wang tunai kepada adik Nursyahmina Rahwani Binti Sundli yang akan meneruskan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS. Sumbangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga adik Nursyahmina menanggung kos pengajian dan belanja yang berkaitan. DAL HCM juga telah bersetuju untuk memberi bantuan tambahan dengan memberi wang saku kepada adik Nursyahmina yang akan dimasukkan setiap hujung bulan selama setahun sebagai insentif diatas pencapaian cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK(A) TUNAZ.

Image
Image

.

.

Title: PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN OXYGEN CONCENTRATOR

Day and Date: Friday, 30 July 2021

Programme Information: Menyerahkan sumbangan Oxygen Concentrator Machine daripada CEO DAL HCM, Datuk Dzulkarnaen Ahmad kepada ADUN N6 Tupong, YB Fazzrudin Bin Haji Abdul Rahman untuk kegunaan pesakit COVID-19. Turut hadir Pengurus Besar DAL HCM, Ts. Sani Zamshuri Bujang. Semoga dapat membantu rawatan pesakit.

Image
Image

.

.

Title: PROGRAM PENGAGIHAN BAKUL MAKANAN KEPADA BEBERAPA ISI RUMAH DI SEKITAR KAWASAN KUCHING

Day and Date: Wednesday, 7 July 2021

Programme Information: Penyokong Kelab Manchester United Sarawak dengan kerjasama DAL HCM Sdn Bhd telah mengadakan satu program pengagihan bakul makanan kepada beberapa isi rumah yang memerlukan bantuan makanan asas di sekitar kawasan Kuching. Presiden Penyokong Kelab Manchester United Sarawak, Datuk Dzulkarnaen Ahmad merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DAL HCM SDN BHD memberitahu inilah satu daripada aktiviti yang dijalankan bagi membantu kumpulan-kumpulan sasar yang sangat terkesan oleh kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang. Sekurang- kurangnya dengan pengagihan tersebut, kelangsungan hidup untuk kumpulan-kumpulan sasar tersebut dapat dipelihara serba sedikit. Beliau berkata demikian semasa penyerahan simbolik untuk pengagihan bakul makanan tersebut kepada Encik Sani Zamshuri, Pengurus Besar DAL HCM SDN BHD yang juga ahli exco Penyokong Kelab Manchester United Sarawak sebelum di agihkan kepada para penerima. Program-program sebegini akan di adakan lagi di masa akan datang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Kakitangan DAL Hcm Sdn Bhd serta sukarelawan yang membantu sama untuk pengagihan tersebut. Sukarelawan-sukarelawan yang membantu adalah terdiri daripada ahli-ahli Penyokong Kelab Manchester United Cawangan Sarawak. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang telah menyumbangkan dana untuk program tersebut.

Image
Image

.

.

Title: PEMASANGAN 'WARNING TAPE' & STRING DELINEATOR' DI LALUAN MASUK PUSAT PENGAJIAN TAFAQQUH DAN TAHFIZ AL MAKKI, KOTA SAMARAHAN

Day and Date: Wednesday, 21 April 2021

Programme Information: Pemasangan 'Warning Tape' dan 'String Delineator' oleh Team DAL HCM untuk keselamatan pengguna jalan raya di laluan masuk ke Pusat Pengajian Tafaqquh Dan Tahfiz Al Makki, Kota Samarahan.

Image
Image

.

.

Title: PEMBERIAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA STAFF DAL HCM SDN BHD YANG TERKESAN AKIBAT BENCANA BANJIR

Day and Date: Saturday, 23 January 2021

Programme Information: Program pemberian sumbangan kepada staff-staff DAL HCM yang terjejas akibat bencana banjir. Penberian ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar syarikat, Ts. Sani Zamshuri yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dzulkarnaen Ahmad. Semoga bantuan ini sedikit banyak dapat mengurangkan beban yang dialami oleh staff berkenaan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Image
Image

.

.

Title: PEMBERIAN 'LIGHTBOX KOTENG' UNTUK SURAU DARUL AMAN KAMPUNG TUPONG BATU

Day and Date: Saturday, 23 January 2021

Programme Information: Pemberian Lightbox "Koteng" untuk Surau Darul Aman Kampung Tupong Batu, Kuching. Akhirnya Surau Darul Aman, Kampung Tupong Batu terang bercahaya di malam hari. Gambar dari lokasi tebingan Sungai Lajim.

Image
Image

.


DAL HCM SDN BHD CSR 2020

Title: PEMBINAAN JALAN MASUK DAN TEMPAT LETAK KERETA DI SK TEMA, SERIAN

Day and Date: Monday,28 December 2021

Programme Information: Pembinaan jalan masuk dan tempat letak kereta di Sekolah Kebangsaan Tema, Serian oleh DAL HCM dan dirasmikan oleh pihak JKR Sarawak.

Image
Image

.

.

Title: KEMPEN 'ROAD SAFETY AWARENESS' DI STESEN PETROL SHELL, MIRI

Day and Date: Monday,20 December 2021

Programme Information: Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya telah dianjurkan oleh pihak JKR Sarawak dan DAL HCM Sdn Bhd di Shell Petrol Station, Miri. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan kesedaran di kalangan pengguna jalan raya, meningkatkan tingkah laku pengguna jalan raya dalam penerimaan peraturan lalu lintas dan juga merupakan satu daripada inisiatif pihak penguatkuasaan. 'Goodies bag' dan bahan kempen keselamatan jalan raya turut diberi kepada pengguna yang mengisi minyak di stesen tersebut sepanjang kempen dijalankan. Kempen ini diketuai oleh Ir. Richard Tajan (Timbalan Pengarah, Pengurusan Aset, JKR Sarawak) diiringi oleh Datuk Dzulkarnaen Ahmad (CEO DAL HCM Sdn Bhd), Ir. Awang Mohd Fadillah Bin Awang Redzuan (Penolong Pengarah RCEA) dan Encik Chong Chi Fam (Jurutera Bahagian, JKR Miri). Turut terlibat memberi sokongan warga kerja kerja JKR Miri dan DAL HCM Miri.

Image
Image

.

.

Title: PENYERAHAN 100 PASANG PPE KEPADA PIHAK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA DAERAH KUCHING

Day and Date: Thursday,3 December 2021

Programme Information: Penyerahan 100 pasang PPE kepada Kapt (PA)Madihi Bin Habib , Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuching oleh Ketua Pegawai Eksekutif DAL HCM SDN BHD, Datuk Dzulkarnaen Bin Ahmad dan disaksikan Encik Dasuki Razali. Semoga pemberian ini dapat memberikan manfaat kepada kakitangan bertugas yang sentiasa berdepan dengan ancaman COVID-19.

Image
Image

.

.

Title: GOTONG ROYONG BANJIR DI KAMPUNG SINAR BUDI LAMA

Day and Date: Friday,17 January 2021

Programme Information: Team DAL HCM mengembleng tenaga dengan petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang membantu penduduk kampung Sinar Budi Lama membersihkan kawasan yang terjejas akibat bencana banjir. Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching dan PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd turut menawarkan bantuan dari segi mesin seperti 'Mini Excavator' untuk memudahkan lagi kerja-kerja pembersihan kawasan. Turut hadir YB Tan Kai, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak dan Encik Khirudin Drahman, Pengarah Bomba Sarawak.

Image
Image

.